Jumaat, 19 Jun 2009

KONTI POINT/TAHUKAH ANDA

BADAN manusia mengandungi 70 peratus air, satu peratusan yang besar berbanding bahan lain yang menjadi jisim di dalam badan. Begitupun, kita masih lagi disarankan mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari bagi menampung keperluan badan lebih-lebih dalam keadaan cuaca panas.

Pakar air bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Robert Long, berkata manusia tetap perlu mengambil banyak air walaupun badan sudah menampung 70 peratus jumlah air kerana air berkenaan akan hilang daripada badan menerusi beberapa proses dalam kehidupan.

“Ada banyak sebab air boleh hilang daripada badan manusia. Proses lazim biasanya yang menyebabkan air sejat daripada badan ialah seperti berpeluh, hembusan nafas dan pembuangan air kencing. Air yang hilang ini mesti diganti kerana ia mempunyai kepentingan tersendiri kepada sistem kesihatan badan.

KONTI POINT

Lapan lagi kes Influenza A (H1N1) terbaru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 35 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataannya berkata, lapan kes terbaru itu bagaimanapun bukan berpunca daripada kes penularan tempatan.
Lapan kes itu antaranya membabitkan remaja perempuan Malaysia berumur 20 tahun, pelajar Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang pulang bercuti ke tanah air, tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.30 pagi, 15 Jun lalu, menggunakan pesawat MH091 dengan tempat duduk 55H.

Jumaat, 12 Jun 2009

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Rabu, 10 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Orang Yang Kreatif Adalah Orang Selalu Ditegur

Sisipan kali ini ingin aku kongsikan mengenai perkara yang aku alami sepanjang aku terlibat dengan kehidupan sebagai seorang penyampai radio....walaupun berda di mana sahaja hati aku terpaut dan terpangggil untuk mernyampaikan "pesanan" dan juga peringatan seterusnya berkongsi dan juga berkongsi ilmu....memang tidak diduga kerjaya sebagai Juruhebah banyak dugaan dan cabaran yang perlu kau lalui....namun aku selau ingat pesan seorang Juruhebah Senior yang pernah dicalonkan sebagai "Juruhebah versityle..." Tanggallah hari sabtu baru ni aku....terlibat dengan konti harian aku yang ditetapkan oleh pihak penerbit...segmen petang merupakan segmen agama dalam rancangan akhlak Al-Islam yang dibincangkan bersama dengan ustaz nawi...Petang itu aku sempat berbincang dengan ustaz nawi yang juga selaku pensyarah dari Akademi Pengajian Islam Nilam Puri..... ustaz cadangkan tajuk "Syukur" namun aku mencadangkan 1 tajuk yang cukup penting...."Konsep Jihad Dalam Islam Dan Pemahamannya"berpandukan buku yang telah di berikan oleh seorang sahabat yang juga merangkap CEO EIPRO RESOUCERS merupakan salah satu syarikat motivasi yang ditubuh olehnya...

"JUNDULLAH " tajuk bukunya ....salah Satu buku yang telah dikarang oleh SYED HAWWA....merupakan salah seorang ulamak yang terkenal pada masa dahulu namun meninggalkan banyak karya yang berguna untuk manusia sejagat khususnya untuk "Dakwah Watarbiah"....petang itu juga aku cuba mencari ayat...ayat al-quran yang sesuai supaya perbincangan menjadi rancak ....ala...ala....SYED MUNAWAR "Di Luar Lingkungan" tv 1.Tepat pukul 6.00 petang konti bermula....selesai kau menghabiskan tusgas di konti aku berjumpa dengan Nor Yusof...merupakan Ikon kepada RMKB dan kemudiannya dia kembali menjadi Wartawan...beliau berkata .... ada peluang cerah untuk pergi ke Angkasapuri......he....he.....(TIMA KASIH NOR YUSOF)