Pakar air bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Robert Long, berkata manusia tetap perlu mengambil banyak air walaupun badan sudah menampung 70 peratus jumlah air kerana air berkenaan akan hilang daripada badan menerusi beberapa proses dalam kehidupan.
“Ada banyak sebab air boleh hilang daripada badan manusia. Proses lazim biasanya yang menyebabkan air sejat daripada badan ialah seperti berpeluh, hembusan nafas dan pembuangan air kencing. Air yang hilang ini mesti diganti kerana ia mempunyai kepentingan tersendiri kepada sistem kesihatan badan.