Sabtu, 18 Julai 2009

Transfor ...Pembangunan.(Defent Manek Urai)


Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis majoriti 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.
Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak, melebihi majoriti diperoleh Mohd Fauzi.
Jumlah undi yang diperoleh Pas kali ini merosot sebanyak 398 undi, berbanding 5,746 undi pada Pilihan Raya Umum, Mac tahun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum itu, calon Pas, Allahyarham Ismail Yaakob menang dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

Keadaan ini jelas memperlihatkan satu transformasi atau menimbulkan pelabagai perspesi di kalangan pemikir..pemikir politik.Seperti contoh dengan kehadiran fauzi sebagai penganti kepada
Allahyarham Ismail Yaakob sememangnya baru…dan mungkin sukar untuk diterima oleh masyarakat di Dun Manek Urai Umumnya.Namun begitu….kebaikan dan ketelusan fauzi dalam mendalami hidup bermasyarakat memang dapat digilap dari awal lagi…ini dapat dikongsikan sewaktu aku terlibat untuk meminta derma..rombongan ke pulau pinang sewaktu persekolahan dahulu…ketulusan hai beliau dalam menderma ….sedikit wang dan juga memberi dorongan dengan perkataan yang beliau sentiasa ucapkan “keno tulong budok nok ngaji”,bagi aku dalam berpolitik kita melihat dalam pelbagai segi jangan kita memandang dari sudut negatif sahaja….seperti juga Tuan Aziz seorang yang berpendidikan ….dulunya juga terlibat dalam kesedar dan banyak membantu “Atuk” aku dalam menjayakan dan juga menyokong membina perikanan ikan air tawar yang diusahakan “atuk” aku ketika ini….semua ihsan mereka sempat aku kecapi…..namun kemenangan dalam kekalahan adalah adat dalam satu pertandingan…
Tapi aku memohon agar BN khususnya walaupun mengalami kekalahan yang tipis …..janji tetap akan kekal sebagai janji ……kerana kemenagan di Peti Undi Manek Urai jelas memperlihatkan harapan rakyat….terhadap pembangunan di Dun N41 Manek Urai….

Jumaat, 19 Jun 2009

KONTI POINT/TAHUKAH ANDA

BADAN manusia mengandungi 70 peratus air, satu peratusan yang besar berbanding bahan lain yang menjadi jisim di dalam badan. Begitupun, kita masih lagi disarankan mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari bagi menampung keperluan badan lebih-lebih dalam keadaan cuaca panas.

Pakar air bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Robert Long, berkata manusia tetap perlu mengambil banyak air walaupun badan sudah menampung 70 peratus jumlah air kerana air berkenaan akan hilang daripada badan menerusi beberapa proses dalam kehidupan.

“Ada banyak sebab air boleh hilang daripada badan manusia. Proses lazim biasanya yang menyebabkan air sejat daripada badan ialah seperti berpeluh, hembusan nafas dan pembuangan air kencing. Air yang hilang ini mesti diganti kerana ia mempunyai kepentingan tersendiri kepada sistem kesihatan badan.

KONTI POINT

Lapan lagi kes Influenza A (H1N1) terbaru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 35 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataannya berkata, lapan kes terbaru itu bagaimanapun bukan berpunca daripada kes penularan tempatan.
Lapan kes itu antaranya membabitkan remaja perempuan Malaysia berumur 20 tahun, pelajar Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang pulang bercuti ke tanah air, tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.30 pagi, 15 Jun lalu, menggunakan pesawat MH091 dengan tempat duduk 55H.

Jumaat, 12 Jun 2009

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Rabu, 10 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Orang Yang Kreatif Adalah Orang Selalu Ditegur

Sisipan kali ini ingin aku kongsikan mengenai perkara yang aku alami sepanjang aku terlibat dengan kehidupan sebagai seorang penyampai radio....walaupun berda di mana sahaja hati aku terpaut dan terpangggil untuk mernyampaikan "pesanan" dan juga peringatan seterusnya berkongsi dan juga berkongsi ilmu....memang tidak diduga kerjaya sebagai Juruhebah banyak dugaan dan cabaran yang perlu kau lalui....namun aku selau ingat pesan seorang Juruhebah Senior yang pernah dicalonkan sebagai "Juruhebah versityle..." Tanggallah hari sabtu baru ni aku....terlibat dengan konti harian aku yang ditetapkan oleh pihak penerbit...segmen petang merupakan segmen agama dalam rancangan akhlak Al-Islam yang dibincangkan bersama dengan ustaz nawi...Petang itu aku sempat berbincang dengan ustaz nawi yang juga selaku pensyarah dari Akademi Pengajian Islam Nilam Puri..... ustaz cadangkan tajuk "Syukur" namun aku mencadangkan 1 tajuk yang cukup penting...."Konsep Jihad Dalam Islam Dan Pemahamannya"berpandukan buku yang telah di berikan oleh seorang sahabat yang juga merangkap CEO EIPRO RESOUCERS merupakan salah satu syarikat motivasi yang ditubuh olehnya...

"JUNDULLAH " tajuk bukunya ....salah Satu buku yang telah dikarang oleh SYED HAWWA....merupakan salah seorang ulamak yang terkenal pada masa dahulu namun meninggalkan banyak karya yang berguna untuk manusia sejagat khususnya untuk "Dakwah Watarbiah"....petang itu juga aku cuba mencari ayat...ayat al-quran yang sesuai supaya perbincangan menjadi rancak ....ala...ala....SYED MUNAWAR "Di Luar Lingkungan" tv 1.Tepat pukul 6.00 petang konti bermula....selesai kau menghabiskan tusgas di konti aku berjumpa dengan Nor Yusof...merupakan Ikon kepada RMKB dan kemudiannya dia kembali menjadi Wartawan...beliau berkata .... ada peluang cerah untuk pergi ke Angkasapuri......he....he.....(TIMA KASIH NOR YUSOF)

Sabtu, 30 Mei 2009

Berdebar...Menanti Pilihan Raya







Perasaan berdebar aku menanti pilihan raya di Dun Manek Urai...aku merasakan 1 perubahan akan berlaku..dan mungkin akan lebih "hangat dan panas"berbanding dengan pilihan raya pada tahun 2004..namun aku merasakan rakyat lebih bijak dalam memikir dan menentukan sejauh mana keberkesanan dalam setiap kepercayaan diberi...jika dilihat dan dinilai pada tahun 2004...BN telah mendahului dengan memenagi majoriti 53 undi walaupun dilihat sebagai 1 kemenagan tipis...namun pada tahun 2008 "disambar" kembali oleh Pas ,mengalahkan BN pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,352 undi.


Namun pada pilihan raya umum kali ini ....akan ada 1 "Transformasi" yang baru dikalangan kedua...dua belah pihak dalam meraih undi...dan aku sebagai insan masih tetap berpegang dengan budaya "Non Partisan" tetap mengharapkan kebajikan,kemajuan dan juga kemiskinan dapat diatasi di Manek Urai, walaupun di menangi oleh...oleh mana-mana pihak ..sama-samalah kita berdoa....

Rabu, 27 Mei 2009

Sepi Tanpa Bicara.......

Salam pertemuan kali ini......maafkan diri ini kerana lama menyepi ......aku menyepi kerana ......sebab terlalu sibuk dengan komitmen dan juga tugasan yang penting aku selesaikan .....walau apa...apa pun aku tetap ingat dengan segala .....tulisan mahupun nukilan semasa aku melakarkan ......sejarah waktu aku "berblog" dalam BICARAKEMBARA DULU......sekarang ini aku lahirkan ....satu tinta nukilan yang baru untuk tatapan supaya aku boleh berkongsi.....dan juga mencari 1 hikmah yang baru dalam setiap perjalanan menghadapi liku...liku.....kehidupan yang tiada penghujung.....disini aku lahirkan HIkmah kembara dalam versi lama.....untuk sahabat ku.......