Sabtu, 18 Julai 2009

Transfor ...Pembangunan.(Defent Manek Urai)


Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis majoriti 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.
Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak, melebihi majoriti diperoleh Mohd Fauzi.
Jumlah undi yang diperoleh Pas kali ini merosot sebanyak 398 undi, berbanding 5,746 undi pada Pilihan Raya Umum, Mac tahun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum itu, calon Pas, Allahyarham Ismail Yaakob menang dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

Keadaan ini jelas memperlihatkan satu transformasi atau menimbulkan pelabagai perspesi di kalangan pemikir..pemikir politik.Seperti contoh dengan kehadiran fauzi sebagai penganti kepada
Allahyarham Ismail Yaakob sememangnya baru…dan mungkin sukar untuk diterima oleh masyarakat di Dun Manek Urai Umumnya.Namun begitu….kebaikan dan ketelusan fauzi dalam mendalami hidup bermasyarakat memang dapat digilap dari awal lagi…ini dapat dikongsikan sewaktu aku terlibat untuk meminta derma..rombongan ke pulau pinang sewaktu persekolahan dahulu…ketulusan hai beliau dalam menderma ….sedikit wang dan juga memberi dorongan dengan perkataan yang beliau sentiasa ucapkan “keno tulong budok nok ngaji”,bagi aku dalam berpolitik kita melihat dalam pelbagai segi jangan kita memandang dari sudut negatif sahaja….seperti juga Tuan Aziz seorang yang berpendidikan ….dulunya juga terlibat dalam kesedar dan banyak membantu “Atuk” aku dalam menjayakan dan juga menyokong membina perikanan ikan air tawar yang diusahakan “atuk” aku ketika ini….semua ihsan mereka sempat aku kecapi…..namun kemenangan dalam kekalahan adalah adat dalam satu pertandingan…
Tapi aku memohon agar BN khususnya walaupun mengalami kekalahan yang tipis …..janji tetap akan kekal sebagai janji ……kerana kemenagan di Peti Undi Manek Urai jelas memperlihatkan harapan rakyat….terhadap pembangunan di Dun N41 Manek Urai….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan